15.1.10

Teguran

Aku tengok sekarang nie ramai photographer mencaci atau menghina karya atau seni photographer lain. Apakah tujuan sebenarnya? Pada pandangan aku lah, biaq pi lah diorang nak berkarya. Kalau nak menegur untuk sekadar bagi kritikan takpe sebab kritikan itu satu panduan untuk jadi lebih maju. Tapi setengah golongan yang aku rasa sudah cukup matang dan lama dalam bidang photography nie, cara teguran mereka itu salah. Kalau betul lah kita nak memartabatkan dunia photography di Malaysia, adakah dengan cara menghina gambar orang lain itu satu cara yang betul? Is it nak menaikkan dunia photography di Malaysia atau menaikkan nama sendiri dengan cara mengutuk orang untuk diri sendiri nampak lebih hebat?

Aku tahu setengah golongan yang menegur dengan cara yang salah nie hebat, tapi jangan lupa, sehebat mana cara kita mengambil gambar pun ada yang lebih hebat. Tambah lagi, kita tak boleh nak pandang rendah terhadap photographer yang diluar bidang yang kita ceburi. Macam lumba lari la jugak, orang nie hebat berlari dalam jarak yang dekat, tapi boleh ke die lawan dengan orang yang sudah biasa lari dalam jarak yang jauh?

Dan ada sesetengah photographer jugak menghina cara orang lain mengambil gambar. Bagi aku, setiap orang adalah unik dan mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk mengambil gambar. Tak semestinya mereka ambik gambar dengan gaya yang lain daripada kita nie tak pro or tak handal. Hebat2 jugak diorang nie. Itu je lah yang aku nak perkatakan. Tiba2 je benda nie keluar dalam kepala, aku luahkan je lah. Kalo tak paham dengan ape yang aku merepek nie, at least you got the point right. Hehe.


Ok la. Gambar2 yang aku upload nie time aku ke Hong Kong haritu. Ada yang aku terlupa nak upload. Hehe. Anyway, bercerita sket pasal Hong Kong, kepada sesiapa yang nak beli barang camera yang murah berbanding di Malaysia, boleh la beli kat Hong Kong. Tapi kene jaga2 lah sebab ada setengah kedai diorang jual grey product for lenses, camera, etc. Tapi backpack diorang serious murah. Aku terasa menyesal pulak beli awal2 before ke Hong Kong. Hehe.


FAIZ GHAZALI
Principal Photographer
Faiz Ghazali Photography
Mobile : +6012 382 4382
Email : info@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik


Faiz Ghazali | Create Your Badge

4 comments:

Hadi Nor January 26, 2010 at 3:05 PM  

Salam Faiz..

Aku rasa...ko yang tak dapat the point. Heheheh...sesetengah dari mereka komen gambar orang sebab mereka melalui proses yang lama untuk benar2 menghasilkan karya. Ada sesetengah diorang tinggal famili nak dapatkan satu shot. Sebab sekarang DSLR sudah menjadi trend, bukan cara mereka salah, tapi yang baru tidak mahu menerima pandangan ini sebab tak faham mereka..

Zaman mereka bermula dengan filem. Nak shoot satu kena fikir, compose, bla bla bla..tu sebabnya kadang2 mereka kecewa dan guna ayat yang kasar (pada aku ok je, generasi baru ni manja sangat..).

Dan sesetengah pro yg zaman post-film (tak penah pakai filem tapi dah sampai pro) juga turut menghentam kerana ada sesetengah mereka ada kelayakan yang betul (lulusan fotografi), fulltime photographer, dan jugak self-taught yang sangat rajin.

Kadang2, kita memang marah dengan diorang, tapi kita kena la faham dengan mereka ni.

Aku pun newbie, tapi jarang kena sound ngan senior. =)

Faiz Ghazali January 26, 2010 at 5:08 PM  

aku pon setakat nie jarang kene sound tapi aku kesian kepada yang kene camni. maksud aku tekankan kat sini, most of them kritik "tak cantik/buruk/tak lawa". itu je. bukannye nak tunjuk ajar ke ape.

e'ein May 14, 2010 at 10:34 AM  

tu betul...kalo tegur tak suka...bagi la tunjuk ajar untuk perbetulkan...kita pun sama2 belajar apa?..neweys...nice pictures...learning how to take a good angle of picture. Besides...next week nak g Hong Kong jugak..hehe..

pjOn November 2, 2010 at 12:35 PM  

hahaha..aku sokong ko..ada yg otai tp perasan bagus sgt..ada yg otai tp humble gila