10.1.10

Selamat tinggal


Semalam pergilah satu satunya zoom lens aku yang selama nie aku jaga elok. Pemergian lens tu bukannye rosak atau kene curi ke ape tapi sebenarnye aku jual kat Zaie coz aku nak beli lens yang lain. Hehehe. Saje je nak berdrama, maklumlah penat edit album gambar mulalah merepek. Tak sampai seminit pon die da confirm nak beli. Macam nie je cerita 3 hari lepas...

Aku : Aku ingat nak jual la zoom lens aku. Aku nak beli yang lagi best punye
Zaie : Lens ape ko nak jual? Aku nak
Aku : 70-300mm VR aku tuh
Zaie : Berapa ko nak jual?
Aku : RM1XXX
Zaie : Ok aku nak beli
Aku : Eh, ko serious ke ni?
Zaie : Haa ye la. Confirm

Memang sejarah jual beli dalam hidup aku, nie la yang paling cepat sekali aku penah deal
dengan orang. Huhu. Last aku guna lens tu untuk wedding time wedding Zaki & Dila sebelum nie
la. Dapat la jugak berbakti untuk kali terakhir. Tapi sekarang nie aku still tak dapat decide either
nak angkut 85mm or 70-200mm. Dua2 best tapi nampaknya hanya boleh pilih satu jek since
aku pon tak banyak duit nie. Hopefully dapat la aku beli lens baru before job yang akan datang
nie dan seterusnya la.

InsyaAllah akan datang aku akan buat offer for portraiture untuk tambahkan lagi portfolio
portrait. Tak confirm lagi biler aku nak buat offer nie. Akan diumumkan kemudian. (Mentang2
da nak beli lens portrait.. haissh)

FAIZ GHAZALI
Principal Photographer
Faiz Ghazali Photography
Mobile : +6012 382 4382
Email : faizghazali@live.com
Blog : http://faizghazali.blogspot.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik


Faiz Ghazali | Create Your Badge

0 comments: