12.3.10

Imagine it first

Gambar hiasan: Faizah & Am

Hari2 aku tengok dah semakin ramai bilangan jurugambar di Malaysia nie tak kira apa bidang yang diorang ceburi, tapi ramai juga yang hanya sekadar mengambil gambar bersahaja tanpa memikirkan komposisi, angle dan lain2 terdahulu. Walaupun gambar aku tak seberapa, tapi aku ingin share juga apa yang selalu aku praktikkan.

Ramai juga yang bertanya macam mane nak hasilkan gambar yang cantik? Kena ada camera yang canggih ke? Lens yang besar ke? Jawapan aku adalah tidak dan bagi aku itu semua adalah sekadar extra untuk hasilkan gambar yang menarik. The output comes from the person behind the camera, not the camera itself.

Untuk menghasilkan sesuatu gambar yang menarik, perlu ada imaginasi kerana ia adalah sangat penting. Gunakan imaginasi kita sebelum menekan shutter dan jangan terlampau mengikut keghairahan diri. Pikirkan dulu output yang bakal atau ingin diperolehi sebelum shoot, barulah kita cuba untuk mendapatkan output tersebut. Jangan hanya bergantung kepada camera dan lens sahaja dan berharap ia mampu menghasilkan gambar yang menarik. Berikan masa kepada minda kreativiti kita untuk menghasilkan output yang memuaskan. Seperti yang selalu diperkatakan, fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

So, imagine the output first, then compose it. Good luck!


FAIZ GHAZALI
Principal Photographer
Faiz Ghazali Photography
Mobile : +6012 382 4382
Email : info@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik

Faiz Ghazali | Create Your Badge

2 comments:

e'ein May 14, 2010 at 7:45 AM  

thanx for the good tips!..hehehe..dah jadi peminat setia ko punye blog!...


from,
farahin

Faiz Ghazali May 14, 2010 at 5:49 PM  

hehe. terima kasih farahin. i will share more tips from time to time. :)