1.3.10

Ragam

Gambar hiasan sahaja

Pemilihan jurugambar oleh client adalah sangat penting bagi setiap majlis. Baru-baru nie aku banyak terbaca dan dengar mengenai ragam client yang pernah dilalui oleh jurugambar. Ada yang taknak bayar balance, complain sana sini, cancel deal last minute, tak ikut contract dan banyak lagi la.

Memang betul istilah “customer always right” dan harus menerima sahaja kata-kata client. Tapi client jugak seharusnya tau yang kebanyakan jurugambar nie serious dalam bisnes dan client pun kene hormat jugak bisnes orang. Jangan la pandang sambil lewa dkat jurugambar yang anda hire. Amik tau betul2 dengan apa yang dijanjikan untuk mengelakkan salah faham antara client dan jurugambar nanti.

Banyak jugak yang aku dengar client complain macam-macam tentang hasil jurugambar apabila selesai majlis. Aku nak tekankan kat sini yang client seharusnya sudah kaji betul2 hasil jurugambar tersebut sebelum mengambil beliau untuk dijadikan jurugambar rasmi untuk sesuatu majlis. Kena jugak bandingkan hasil mereka dengan sebutharga yang dikeluarkan dan pikir, berbaloi atau tak harga yang ditawarkan dengan hasil yang ditunjuk.

Kalau dah suka dengan hasil seseorang tu, jangan harapkan orang lain dapat mengeluarkan hasil yang sama. Setiap orang berbeza gaya dan caranya tapi yang aku tau, kebanyakan jurugambar berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

p/s: "customer always right" atau "customer not always right, but they have rights"?


FAIZ GHAZALI
Principal Photographer
Faiz Ghazali Photography
Mobile : +6012 382 4382
Email : info@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik

Faiz Ghazali | Create Your Badge

2 comments:

takumi March 4, 2010 at 3:18 AM  

Bagus entry ko kena beringat selalu.sebab aku rasa cam dah terkene nih.huhu.~_`

Faiz Ghazali March 4, 2010 at 9:29 AM  

bawak bersabar.. yang penting, kita da bagi yang terbaik. huhu.