4.8.10

Teringat gambar-gambar lama

Mintak maaf sebab dah lama tak update blog nie. Sekarang nie aku agak sibuk dengan kerja yang banyak. Untuk entry kali nie, adalah berlainan sedikit dengan yang sebelum-sebelum nie. Kali nie nak post beberapa gambar lama yang antaranya favorite aku sewaktu zaman baru pegang camera dulu-dulu. Tengah-tengah bosan tak tau nak buat ape, aku saje je la browse gallery lama aku and terjumpa la gambar-gambar nie. Sebelum aku masuk dalam bidang wedding photography nie, aku dulu suka amik gambar secara general. Jadi tiada pengkhususan time tu. So ape bagi aku cantik, aku amik tapi bukan main amik je la.

"Water Guardian" - Gambar nie aku amik sewaktu aku ke Pulau Tioman pada awal tahun 2008. Time nie aku terpikir untuk mencuba sesuatu dengan kelajuan camera. Jadi demi mendapatkan shot nie (memandangkan aku takde zoom lens time nie), aku sanggup turun ke tengah-tengah pool tanpa protection camera (kalau jatuh memang takleh buat ape la). Aku suruh abg aku untuk buat beberapa expression dengan air dan ini adalah yang aku rasa terbaik antara yang lain.

"Splash!" - Gambar nie juga diambil sewaktu trip aku ke Pulau Tioman. Aku dapat idea untuk gambar nie daripada beberapa gambar yang sudah menjadi satu trend time tu iaitu amik gambar menggunakan slow shutter speed. Time tu aku selalu tengok gambar air terjun ataupun sungai mengalir. Jadi aku ingin mencuba sesuatu yang lain dan inilah hasilnya. Sewaktu gambar nie diambil, sekali lagi tiada protection digunakan kepada camera aku jadi air laut memang dah membasahi camera aku.

"The Forgotten" - Tak banyak cerita untuk aku ceritakan dekat gambar nie. Diambil sewaktu outing aku di sekitar bandar Melaka.

"Otherside of the World" - Ini adalah gambar favorite aku sampai sekarang. Di ambil ketika aku outing berseorangan di National Bird Park. Aku pun tak reti macam mana nak explain kenapa aku suka gambar nie. Aku hanya suka melihat reflection burung tu menunjukkan seperti ada dua perwatakan, antara baik (putih) dan jahat (hitam), dan yang mana satukah adalah hanya bayangan.


Jadi inilah 4 gambar yang memang menjadi kegemaran aku sampai sekarang. File asal sudah hilang dan tinggal hanyalah di dalam Flickr dan Deviantart. Yang ada pun resolution yang kecik-kecik je.

FAIZ GHAZALI
Photographer
Mobile : +6012 382 4382
Email : info@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik