29.10.10

Perubahan aliran

Bila dah takde kerja nak buat, mula lah aku mengimbas gambar-gambar dalam hard disk aku adalah satu perkara biasa. Melihat balik zaman seawal main camera dulu, teringatkan yang aku tidak pernah terfikir untuk menjadi wedding photographer. Bermulanya aku bermain dslr pada awal tahun 2007. Aku ingat lagi time tu pakai Nikon D40x. Masa tu memang tidak terlintas dalam kepala untuk ambik gambar wedding. Kalau sesiapa yang nak tau, aku dulu memang minat dengan nature/landscape. Terlampau minat sampai aku terkejar-kejar untuk dapatkan gambar yang aku nak. Sanggup bangun pukul 4 pagi nak dapatkan gambar matahari terbit lah, keluar tenghari untuk cari langit biru lah, masuk dalam semak untuk gambar sunset lah, time nie memang dah tak hirau nyamuk gigit.

Bila terimbas kembali zaman-zaman nie, buatkan aku rindu dengan semangat aku untuk mengejar gambar-gambar landscape. Tak nafikan yang sebenarnye aku masih lagi mengambil gambar landscape tapi dah berkurangan. Kalau nak diikutkan, aku nak share lagi banyak gambar yang aku shoot 3 tahun lepas tapi hard disk lama dah crash dan hilang dah pon. 15GB jumlah gambar yang mengandungi koleksi-koleksi lama aku lenyap macam tu je. Apa yang ada nie pon saki baki yang aku sempat buat backup. Alhamdulillah.

Perubahan aliran ke wedding photography bukan bermakna semangat untuk mengejar gambar-gambar yang menarik hilang. Adakalanya aku aplikasikan landscape shoot dalam wedding. Sebenarnye tidak kira apa yang kita buat, apa yang penting adalah usaha untuk jadi yang terbaik. Usaha untuk lebih maju. Adanya usaha yang kuat, insyaAllah boleh berjaya.

FAIZ GHAZALI
Mukhriz & Udey Photography / CST Production
Junior Photographer
Mobile : +6012 382 4382
Email : faiz@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik


0 comments: