20.1.11

Zukri & Farha, Reception, Dewan Sri Siantan

kalau ikutkan plan, aku nak up entry nie pada awal minggu sebab bercadang nak buat dua entry dalam minggu nie, tapi disebabkan tahap kesihatan kurang memuaskan beberapa hari lepas, aku hanya mampu menyiapkan satu entry jek. kene bekerja lebih keras la lepas nie sebab masih banyak entry yang masih tertangguh proses penghabisannya.

wedding nie aku shoot bersama Mukhriz Latif dan Syimir Izaffy. apa yang aku suka dekat wedding kali nie adalah color combination die iaitu kuning dan biru. color yang memberi feel of warm and cool, dan antara impian aku untuk shoot wedding color camnie. decoration dan pelamin pon menarik. diikutkan hati, nak je aku up banyak gambar tapi takut berat plak blog aku nie. anyway, enjoy!

untuk pengetahuan, sebab ramai yang bertanya, kebanyakan gambar dalam entry nie adalah menggunakan editing yang sangat minimal. tak caya, tanya aku. kalau korang perasan dalam entry-entry sebelum nie, aku hanya membetulkan sedikit brightness dan color correction pada gambar. ini sebab aku nak mengekalkan keaslian gambar. sebenarnya, aku kurang minat dengan editing color yang terlampau 'hebat' sampai boleh merosakkan gambar. mungkin ada la jugak beberapa gambar aku buat color lain macam tapi bukan semua. apa-apa pun, itu semua bergantung kepada cita rasa sendiri, dan nie adalah cita rasa aku.

akhir kata, terima kasih kepada Zukri dan Farha kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakam gambar pada majlis kawen korang. korang memang best! zassss!

Feel free to drop your comment :D

FAIZ GHAZALI
Senior Photographer
Mukhriz & Udey Photography / CST Production
Mobile : +6012 382 4382
Email : faiz@faizghazali.com
Blog : http://blog.faizghazali.com
Stock Photo : http://www.flickr.com/faizkecik

4 comments:

firdausmokhtar January 20, 2011 at 12:44 PM  

smart bro..!

FRSR January 20, 2011 at 7:23 PM  

thank you so much Faiz!
we loove your artwork and happy working with all of you!

Faiz Ghazali January 20, 2011 at 10:03 PM  

anytime Farha. thanks for dropping by :D

ming February 4, 2011 at 8:12 PM  

good job! aku suka entry ni.. :)